oleh

Berita Bocah SMP Bobol Situs Tiket.Com Rp.4,1 M Heboh di Malaysia

image_pdfimage_print

Kabar6- Media di negeri tetangga Malaysia juga heboh dengan pembobolan situs Tiket.com yang diciduk Polisi. Karena warga Perumahan Pesona Gintung Residen, Tangerang Selatan berinisial SH (19) ini hanya lulusan SMP, tapi dia berhasil meraup uang Rp.1 miliar dari total kerugian Tiket.com Rp.4,1 miliar. 

Berikut kami kutipkan berita asli salah satu media ternama di Malaysia.

Remaja godam 4,600 laman sesawang

Jakarta: Seorang remaja berusia 19 tahun ditangkap polis kerana menggodam lebih 4,600 laman sesawang dan sistem komputer termasuk milik kerajaan sejak setahun yang lalu.

Remaja itu dikenali sebagai Haikal dan tidak bersekolah juga didakwa mencuri tiket penerbangan dalam sebuah laman sesawang menjual tiket dalam talian, tiket.com.

Tindakan itu menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian mencecah Rp6.1 bilion (RM2.03 juta).

Haikal ditangkap polis di sebuah rumah di Tangerang Selatan, Banten kelmarin, manakala tiga lagi rakannya yang membantu suspek ditahan di Balikpapan, Kalimantan Timur, dua hari lalu.

Jurucakap polis Indonesia, Rikwanto berkata, aktiviti kumpulan itu mula dikesan selepas tiket.com membuat laporan adanya penggodam menceroboh sistem mereka pada 11 November tahun lalu.** baca juga :Gile, Bocah SMP Bobol Situs Tiket.Com Rp.4,1 M.

“Hasil siasatan kami mengesan satu kumpulan menjual tiket penerbangan yang dicuri itu di Facebook dengan potongan harga 30 hingga 40 peratus.

“Kumpulan ini yang diketuai Haikal meraih keuntungan hampir Rp1 bilion (RM332,089).

Katanya, selain laman sesawang berkenaan, remaja itu dipercayai menggodam lebih 4,600 laman sesawang termasuk milik agensi kerajaan serta polis.

“Suspek menggodam laman web berkenaan semata-mata mahu menunjuk-nunjuk kepada rakan-rakannya,” jelasnya.(z) 

 

 

Print Friendly, PDF & Email